Perbankan Islam Uitm Simulasi Kontrak Islam Dalam Produk Perbankan Islam: Kompilasi Media





Projek ini adalah satu kompilasi persembahan simulasi amalan pelaksanaan kontrak Islam yang terdapat di dalam produk perbankan Islam di Malaysia. Ianya sangat penting kerana dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang operasi dan struktur akad Islam yang terdapat di dalam produk perbankan Islam. Dewasa ini, fenomena ketidakfahaman tentang kontrak Islam di dalam produk perbankan adalah sangat ketara terutama di kalangan pengguna Muslim. Pegawai-pegawai perbankan Islam juga kebanyakannya tidak mendapat pendedahan yang padu berkenaan operasi dan struktur akad-akad Islam. Projek ini mencadangkan satu prasarana bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada pengguna perbankan Islam terutamanya praktis akad-akad Islam. Diharapkan pada masa akan datang projek ini dapat dijalankan secara meluas. Diharapkan juga dapat diadakan kolaborasi bersama fakulti multimedia dan IT bagi mengembangkan lagi pemasaran produk perbankan Islam. Persembahan media adalah sangat penting bagi menyampaikan kefahaman tentang konsep muamalat kontemporari yang diamalkan oleh perbankan Islam dikalangan masyarakat Malaysia amnya dan penganut agama Islam khususnya.